Berjuang Memang Pahit ~~~Sebuah Puisi~~~
03.06.05 (12:26 pm) [edit]
****Hasil nukilan seorang sahabiah****
Berjuang memang pahit,
Kerana syurga itu indah,
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
Bukan sedikit pedih yang ditagih.
Ingatlah...
Tiada permaidani merah untuk pejuang Islam,
Tiada anugerah dan gelaran istimewa untuk pendakwah Islam.
Ingatlah....
Hanya cabaran dan ujian getir yang diberikan untuk kita,
Namun....Ikhlaskan niatmu wahai sahabatku,
Kerna nilaian ALLAH TAALA amat tinggi buat hambaNYA, Yang berkorban demi agamaNYA.
posted by: tinta_ukhuwah (reply)
post date: 03.05.05 (8:31 pm)
Syukran....
Terima kasih pada yg sudi berkongsi artikel di weblog ni....
posted by: nasikerabupetro (reply)
post date: 03.08.05 (11:49 pm)
salam...nak tanya. wak pakai hot tblog ni berbayar ke? saya pernah pakai tapi ianya terhad kalau free,kan?
posted by: tinta_ukhuwah (reply)
post date: 03.10.05 (11:26 pm)
weblog ni free aje, unlimited untuk posting, tp kene ade gallery sendiri utk simpan gambar....mcmkat photobucket.com....