Hadiah Al-Fatihah utk Atuk.....

02.02.05 (2:16 pm)   [edit]

ASSALAMUALAIKUM......


Astaghfirullah...banyaknya ujian dan cabaran yg perlu aku hadapi hari ini....  " Ya Allah berilah hamba-Mu ini kekuatan, dan bimbinglah daku ke jalan yang lurus....." Pagi ini aku telah dikejutkan dengan panggilan telefon daripada abah di kampung yg mengatakan bahawa Atuk telah meninggal dunia....telah sekian lama Atuk menderita akibat sakit tua, dan Allah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah menjemput Atuk untuk bertemu dengan-Nya pada malam tadi....same2 kite hadiahkan Al-Fatihah untuk arwah Atuk, moga rohnya ditempatkan dalam golongan orang2 soleh......


Hari ini juga aku merasa diri ini serba tidak kena, aku hilang tumpuan semasa dalam kelas, malah kini aku dalam dilema utk membuat satu keputusan tentang pengajianku....Alhamdulillah, dah banyak kali aku solat istikharah untuk memohon petunjuk daripada Allah.......


Akibat hilang tumpuan, aku hampir-hampir mengalami kemalangan ketika menunggang motorsikal pulang dari kelas tadi, entah mengapa, tiba2 jer aku hilang kawalan.....Alhamdulillah, Allah beri ilham padaku dalam keadaan spontan untuk mengatasi kemalangan itu...Bile aku muhasabah kembali peristiwa tersebut, baru aku sedar bahawa aku telah mengamalkan ilmu "Statics" yg aku pelajari ttg keseimbangan daya....hehe, macam kelakar bunyinya, tapi itulah hakikat ttg ilmu yang kite amalkan.....Syukur kepada Allah......




posted by: nuratie (reply)
post date: 02.02.05 (12:49 am)

al fatihah..
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang soleh amin..



posted by: tinta_ukhuwah (reply)
post date: 02.07.05 (5:59 pm)

insyaAllah....

Your Name:


Your Comment: