Aku tertipu dengan duniawi......

01.18.05 (10:49 am)   [edit]
Assalamualaikum......

Alhamdulillah, diri ini masih diberi peluang oleh-Nya untuk hidup di muka bumi ini.....Adakah hidupku yg dipinjamkan oleh Allah ini telah aku manfaatkan sepenuhnya???....Adakah hidupku ini telah dapat aku sumbangkan utk Islam???... Setiap persoalan yg hadir ini, kadangkala membuat aku serba salah kebelakangan nih....... Entah nape, serba tidak menjadi apa yg aku buat.....Aku seolah2 hilang sesuatu yg amat bernilai.....Ketenangan dan kedamaian yg pernah aku rasa dulu seolah2 hilang.....mungkin kerana aku rasa diri ini semakin jauh daripada-Nya.....malah mungkin ada dinding penghalang antara ku dengan-Nya...... Aku sedar, aku lalai seketika apabila ada rakan2 di sisiku yg sentiasa mengajak aku berhibur.....adanya teknologi2 yg terkini yg sentiasa membuat aku lalai......Kini aku ingin mengorak langkah kembali.....Biarlah hidupku hilang seri dan hiasan duniawi....asalkan aku dapat merasai kehadiran-Nya dalam hidupku......Biarlah, aku hilang rakan2 yg selama ini di sisiku.....kerana apa ertinya ada rakan2 yg hanya mengajak kita kepada kelekaan......Masihkah ada sahabat dan teman sejati dalam hidupku???? "Hanya Tuhan Yang Tahu" dan aku akan berusaha untuk mencarinya...... "Seiring...Sejalan....Satu Perjuangan" itulah definisi teman sejati.......

Dunia akhir zaman menyaksikan pelbagai peristiwa yg berlaku akhi2 ini....Tragedi Tsunami yg mengorbankan hampir 200 000 orang di negara2 Asia pastinya kekal dalam lipatan sejarah.....Namun, berapa ramai yg mengambil iktibar drpd peristiwa ini??? Masih ramai rakan2 di sekelilingku yg lalai, leka malah meremehkan perintah solat.......Letih rasanya diri ini menyeru...mengajak malah kadangkala memperli mereka......Hidayah Allah pasti ada utk hamba-Nya...
Bumi Acheh yg satu ketika dulu pernah digelar Serambi Makkah kerana telah menjadi pusat penyebaran ilmu dan dakwah Islam......Malah Acheh merupakan bumi yg banyak melahirkan tokoh2 ilmuan Islam seperti Nuruddin Al-Raniri, Hamzah Fansuri dan ramai lagi..... Namun kini hanya tinggal padang jarak padang tekukur.... Satu ketika dahulu, pada tahun lepas..... Aku pernah mendapat tawaran utk menuntut ilmu di bumi Sumatera Utara itu dalam bidang perubatan.....mmg merupakan cita2 ku sejak kecil utk menjadi doktor, malah aku memikul t'jawab semua keluargaku utk menjadi doktor......Namun Allah Maha Mengetahui mana yg terbaik untukku.....Aku bersyukur dengan pilihan-Nya ini kerana kini setelah hampir setengah tahun aku menuntut ilmu di UNITEN, aku telah berjaya.....cuma kejayaan dalam perjuangan menyebarkan syiar Islam masih belum aku kecapi......Moga Allah merahmati semua insan2 yg telah terkorban dlm tyragedi tsunami ni........wallahualam...........

Your Name:


Your Comment: