Secebis Kenangan...... Secebis Azam.......

01.04.05 (4:09 pm)   [edit]





Assalamualaikum......

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diri ini masih mampu bernafas dan menghirup udara segar......Alhamdulillah, diri ini masih mampu melihat alam ciptaan-Nya yang begitu indah dan penuh hikmah.....Alhamdulillah, diri ini masih lagi mampu berkata2 dengan lidah yang dipinjamkan oleh-Nya.... walaupun kini aku hanya mampu utk melihat jari jemari aku ini menaip apa yg ingin diluahkan oleh hati ini.... Sesungguhnya aku hanyalah insan yg lemah....Kadangkala aku sedar, lidah ini kelu apabila berhadapan dengan situasi yg aku harus berbicara....Kadangkala juga aku sedar, mata yg dipinjamkan olehnya-Nya ini tidak boleh melihat perkara2 yg mungkar.....namun dunia akhir zaman, menyaksikan ujian dan dugaan ada di mana2 sahaja.....lihatlah kanan, kiri, depan dan belakang kite...semua perkara penuh dengan ujian utk kite..... Moga Allah memelihara kite daripada 1001 cabaran dan ujian akhir zaman ini....Kejayaan hanya terletak pada insan yg di hatinya ada iman dan ihsan.....

Sudah lama tidak mencoret sesuatu di blog ni....Banyak yg terbuku dlm hati ni ingin dikongsi bersama....tahun 2004 telah berlalu.....kini tahun 2005 pula menyergah diri ni.....sepanjang 2004 menyaksikan Dunia melalui pelbagai peristiwa pahit, manis.......malah diri ini juga tidak terlepas daripada tempias senario dunia masa kini....pada aku, tahun 2004 merupakan tahun yg akan aku kenang hingga ke akhir hayat......pelbagai kenangan yg manis telah aku lalui...walaupun secebis kenangan itu hanyalah sementara, namun aku tetap bersyukur dengan kehadirannya......walaupun dengan secebis kenangan itu aku terluka, namun aku tetap bersyukur dengan kehadirannya....Aku sedar, inilah dunia yg penuh dengan cubaan buat insan...inilah dunia yang penuh dengan tipu daya.....setiap ujian mengajar kite erti sebuah kehidupan......Universiti Kehidupan adalah tempat di mana kite melalui perlbagai kisah suka, duka dalam kehidupan ini..........Aku sedar diri ini adalah sebagai batu loncatan kepada insan lain, namun aku bersyukur, jika dengan pengorbanan aku sebagai batu loncatan ini dapat membawa kepada sebuah kebahagiaan di hari kemudian......"Harapan Tidak Buta", mungkin itu sebuah lagu nasyid yg paling sesuai menggambarkan apa yg aku rasa......mungkin banyak kiasan di sebalik apa yg cube aku sampaikan ini, hanya Allah tempat aku mengharap.....Pilihan-Nya ada yg terbaik buat hamba-Nya ini.....

Banyak lagi peristiwa2 yg mencorak tahun 2004....Mungkin terlalu panjang lebar jike aku cuba ceritakan disini....InsyaAllah, jika dipanjangkan umur, sama2 kite muhasabah diri kite akan segala yang telah berlaku sepanjang tahun 2004...... Tahun 2005 yg tiba ini, pastinya menjanjikan 1001 cabaran buat aku...... Moga cabaran yg mendatang ini dapat aku tempuhi dengan hati yg cekal dan moga aku dpt istiqamah dlm perkara2 yg dapat mendekatkan diri yg hina ini kepada-Nya..........InsyaAllah, moga bertemu kembali.........



posted by: lydiamaisarah (reply)
post date: 06.08.06 (7:56 pm)

Assalamualaikum...semoga sahabatku ini akan terus mengharungi hidup yg penuh dengan ujian dan dugaan dengan penuh ketakwaan di hati. Setiap manusia tidak terlepas dari ujian Allah swt, namun anggaplah setiap ujian itu merupakan kasih sayangNYA kepada kita kerana kita adalah orang yg terpilih untuk diuji. Allah swt tidak akan menguji seseorang itu tanpa sebab dan mungkin ujian itu satu hidayah dan petunjuk kepada hambaNYA...

Your Name:


Your Comment: