Tangisan Fallujah........

11.18.04 (9:01 pm)   [edit]





ASSALAMUALAIKUM....

Hampir seminggu Syawal telah berlalu.... Kemeriahan Eid Al Fitri semakin pudar..... Namun jalinan ukhuwah antara saudara mara, sahabat handai dan teman-teman seperjuangan tetap utuh.....Ziarah menziarahi, maaf bermaafan menjadi medium mengeratkan lagi ikatan ukhuwah yg telah terjalin.....

Namun sedarkah kite...di satu ceruk dunia.... nun jauh di sana....di Fallujah, Iraq.....satu kisah yg dipandang sepi oleh dunia hari ini....Tangisan....Rintihan masyarakat Islam di Fallujah seolah2 tidak dihiraukan oleh masyarakat dunia, apatah lagi Tentera Amerika Laknatullah yg menyerang berhabis-habisan bumi Fallujah hingga hancur luluh.......

Tentera Amerika Laknatullah yg menggunakan lesen "memerangi keganasan", telah menyerang Fallujah berhabis-habisan, semata-mata untuk menghapuskan Abu Musab Al-Zarqawi.....yang kononnya menjadi dalang keganasan di Iraq dan kini sedang bersembunyi di Fallujah.....Namun menurut seorang muslimah Fallujah, Umm Waddah, yg kini telah melarikan diri dr Fallujah, telah meragui kewujudan Al-Zarqawi di Fallujah.....malah menurutnya, Tentera Amerika Laknatullah telah membunuh hampir 1200 orang penduduk Fallujah, hanya kerana seorang insan bernama Al-Zarqawi.....Fikirkanlah, adakah ini tindakan rasional drpd pihak yg kononnya mengaku "memerangi keganasan" ???? Sebaliknya ini adalah tindakan pengecut Tentera Amerika Laknatullah ke atas Islam.... Tentera Amerika Laknatullah adalah pengganas di atas tindakan mereka sendiri.....

Menurut seorang muslimin Fallujah, Abu Mohammed, "Segala-galanya di Fallujah telah dihancurkan oleh Tentera Amerika. Mereka mengebom kawasan perumahan awam, hospital, klinik, malah doktor2 juga dibunuh......penembak curi, snipers, bertebaran di serata Fallujah, mereka menembak apa2 sahaja yg bergerak termasuk binatang."

Seorang lagi muslimah Fallujah, Umm Omar, telah menceritakan tentang anak saudaranya yg telah terbunuh dan masih bergelimpangan di jalan raya....Tentera Amerika Laknatullah telah menghalangnya daripada menarik mayat mangsa ke dalam rumah.....beliau bercerita lagi tentang kisah seorang lelaki tua yg tidak dikenalinya telah meninggal dunia di rumahnya.....beliau menemui lelaki tua itu cedera ditembak di muka pintu rumahnya....walaupun dapat menarik lelaki tua itu ke dalam rumah, namun tiada apa yg mampu dilakukan untuk membantunya....telefon tidak berfungsi, malahan tiada lagi doktor di Fallujah....akhirnya lelaki tua itu meninggal dunia 3 hari kemudian.....

Umm Usama, seorang muslimah Fallujah telah bercerita, "Di dalam rumah, segala-galanya bergegar akibat serangan kapal terbang yg terbang rendah di angkasa. Jika berlari keluar dari rumah, kapal terbang tersebut akan menyerang."

Ada lagi kisah tentang seorang muslimah Fallujah yg sedang hamil 7 bulan. Beliau telah diserang hingga kandungannya terpisah dari tubuhnya.....beliau bertahan selama 6 jam sebelum meninggal dunia.......

Ohh....Fallujah.....Tangisan...Rintihan....mu sepi di sebalik hiruk-pikuk serangan tentera Amerika Laknatullah.... Di manakah Dunia Islam yg seharusnya bersatu membela nasib saudara2 kite di sana???? Allah pasti bersamamu.....kami pasti bersamamu berjuang menentang musuh2 Islam.........

" HIDUP SEBAGAI MUJAHEED.... MATI SEBAGAI SYAHEED "

tinta_ukhuwah :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry:



posted by: newbie (reply)
post date: 11.25.04 (2:52 pm)

bagus tinta..i like it.



posted by: newbie (reply)
post date: 11.25.04 (2:52 pm)

bagus.



posted by: tinta_ukhuwah (reply)
post date: 11.25.04 (4:57 pm)

Alhamdulillah.....

Your Name:


Your Comment: