ADAKAH ISLAM TELAH MERDEKA???

08.26.04 (10:29 am)   [edit]



Assalamualaikum.....

Tanggal 31 Ogos sudah semakin hampir.... Laungan kemerdekaan bergema di sana sini....Konsert pun bergema di sana sini... sedangkan baru-baru ni Majlis Mufti telah mengeluarkan fatwa bahawa segala konsert yang tiada batasan pergaulan dan melalaikan adalah HARAM....namun konset tetap dianjurkan...inikah yang dimaksudkan dengan ISLAM HADHARI??? Kite hayatilah erti kemerdekaan ini dengan muhasabah diri kite dan cermin diri kite..... pada saya ISLAM belum merdeka....Lihatlah negara-negara Islam sekarang yang telah dijajah, sama ada dari segi fizikal atau mental oleh negara-negara barat........Palestine dan Iraq yang telah dijajah oleh Yahudi dan Amerika... manakala negara-negara Islam lain pula dijajah ekonomi dan mentallitinya.....bolehkah kite katakan ISLAM sedang merdeka ketika ini??? TIDAK sama sekali.... di sinilah letaknya peranan kite sebagai muslim... walau sekecil mana sumbangan yang mampu kite berikan untuk ISLAM, maka lakukanlah.... kerana SUMBANGAN YANG BESAR BERMULA DARI SESUATU YANG KECIL........same-same kite renungkan yer.......


Alhamdulillah...exam untuk mid term sudah selesai....
usaha sudah...kini adalah ketentuan-Nya untuk mengurniakan apa yang terbaik buat hamba-Nya....
Jika kurang cemerlang...pasti ada hikmah di sebalik kegagalan itu, dan same-samelah kite muhasabah kembali diri ini.... Jika cemerlang pula, maka segala puji bagi Allah yang menentukan segalanya..... Apa yang ada pada kite sabagai makhluk-Nya??? Ilmu kite hanyalah umpama setitik air di lautan....Jadi janganlah berbangga dengan ilmu yang ada...sebaliknya amalkan dan sampaikan ilmu tersebut....moga menjadi bekalan di hari kemudian :wink: :wink: :wink:



posted by: newbie (reply)
post date: 09.02.04 (1:29 am)

Sempena menyambut kemerdekaan negara Malaysia tercinta
Mari kita memahami erti kemerdekaan yang sejati dan hakiki
Semoga kita benar-benar jadi bangsa yang merdeka mengikut erti
Kemerdekaan mempunyai definisi yang banyak sekali:-
Berlainan sudut dan aspek berlainan pula erti
Di antara pengertian itu, untuk pengetahuan kita
Kemerdekaan bangsa,
mengikut politik terlepas daripada penjajahan lain-lain bangsa
Bangsa kita itu dapat berkuasa dan menentukan hala tujuan mereka
Bebas bangsa kita daripada ideologi buatan manusia
Yang mendapat tempat dan menjadi sistem hidup adalah sistem Tuhan
Yang Maha Pencipta
Yang dunia mi adalah milikNya
Dan kita juga kepunyaanNya
kemerdekaan ekonomi,
tidak ada monopoli oleh seorang atau satu golongan.
Tidak ada penindasan, tidak ada sekatan, tidak ada penzaliman
Pengagihan kekayaan diratakan kepada semua rakyat jelata
Mengikut kebolehan, kemampuan serta keperluan.
Kemerdekaan fikiran, semua rakyat boleh memberi pendapat dan
fikiran
Tidak ada ketakutan dan kebimbangan memberi pandangan
Kemerdekaan kebudayaan setiap bangsa ada identiti yang tersendiri
Di sudut pakaian, pergaulan dan lain-lain lagi
Corak hidup mereka mengikut bentuk dan patent mereka sendiri
Bukan ditiru dan budaya luar yang asing sekali
Kemerdekaan pendidikan,
semua rakyat diberi peluang menerima pelajaran
Setiap orang diberi galakan menerima pengetahuan mengikut bidang
Yang patut menerima bantuan kewangan untuk pelajaran diberi
peluang
Tidak ada diskriminasi tidak ada kroni yang menghalang
Kemerdekaan agama,
setiap orang bebas amalkan agama yang diyakinkan
Tidak boleh menghina, tidak boleh memusuhi
antara satu sama lain, kerana agama
Tapi tidak salah membuat penjelasan mencari kebenaran
Agar setiap orang dapat menganut agama yang jelas lagi terang
Kerana kebenaran itu hanya satu yang datang dan Tuhan
Ada satu kemerdekaan yang amat penting dilupakan orang
Kemerdekaan itu orang tidak ambil kira bahkan melupakan
Padahal dia penentu kebahagiaan
dan keharmonian hidup dalam pergaulan manusia
Bahkan penentu seseorang apakah ke Syurga atau Neraka
Kemerdekaan apakah yang dimaksudkan?
Merdeka daripada hawa nafsu yang jahat merosakkan manusia
Merosakkan din sendiri dan merosakkan orang lain bahkan harta
benda
laitu merdeka daripada mazmumah yang memusnah
Kepada mahmudah yang indah dan membahagiakan
Bebas daripada hasad dengki, sombong, pemarah,
jatuh menjatuhkan yang memusnah
Merdeka daripada dendam kesumat,
bakhil, tamak, penakut, pemalas dan culas
Ria', megah, mencari nama, ingin glamour,
yang ramai orang tersinggung dibuatnya.
Diganti dengan kasih sayang, merendah din, lemah lembut yang
digemari
Jadikan pemurah, rajin, berani, bekerjasama,
maaf bermaafan sebagai budaya
lkhlas, lapang dada, bertolak ansur, hayati hati
Cintakan Tuhan, takutkanNya, dekatkan diri kepadaNya jadi sebati
lnilah dia yang dikatakan 'Kemerdekaan Sejati'.



posted by: ~al-Fikrul~ (reply)
post date: 03.27.06 (8:27 pm)

Assalamu'alaikum..
Bertemu kita dalam ruangan ini sebagai penganti diri mudah-mudahan kita bersama dapat bertukar-tukar fikiran dan dapat membina Aqidah yang lurus yang telah ditunjuki oleh Junjungan besar Rasulullah SAW. Dan diharapkan kita berlapang dada bila memberi pendapat dan tidak pantas melatah.

Sahabat yang dirahmati Allah..
Ana ingin mengajak anta berfikir kembali bagaimana Rasulullah menyampaikan dakwah yang sebenar-benarnya demi menjaga kehormatan dan sekaligus mencapai kemuliaan serta menegakkan syariat Islam yang selama ini dipandang sepi kebanyakkan muslim samaada mereka mengetahui, tidak ambil peduli, atau sengaja menjauhkan diri dari hukum2 Allah iaitu Islam. Agama yang mengatur manusia dangan pencipta (Rob) iaitu ibadah, pahala, dosa, neraka dan syurga iaitu ritual dan mengatur diri manusia seperti makanan, pakaian, akhlak. dan ianya juga mengatur hubungan manusia dengan manusia seperti pendidikkan, ekonomi Islam seperti Muamalat, zakat, rikaz, usyur, jizyah, kharaj dan sebagainya, hubungan luar negara, pemerintahan dan lain-lainnya.

itulah Aqidah yang terpancar secara menyeluruh yang setiap perkara diatas itu terikat dengan hukum Allah. Iaitu satu kewajiban yang dibebankan keatas semua Muslim yang kini telah dilupakan dan diabaikan. Sedangkan aturan-aturan ini WAJIB sebagaimana kamu diwajibkan mengerjakan solat 5 waktu. Sejak akhir-akhir ini Muslim mengabaikan hukum2 ini dan menitik beratkan soal ibadah(ritual) dan akhlak semata-mata, dengan anggapan satu-satu Thariqah yang mampu menbangkitkan umat dari tidur.

Sahabat yang dikasihi..
Marilah kita sama-sama berusaha mengembalikan kehidupan kita kepada yang haq iaitu menegakkan DEEN .Dahulu umat Islam dan bukan Islam hidup bersama-sama dan saling faham memahami antara satu sama lain dalam pemerintahan yang menerapkan hukum-hukum Allah. Pemimpin yang dipertanggungjawab menjaga kepentingan umat keseluruhannya sehinggakan non-muslim senang dan menerima peraturan2 Islam sehinggakan harta dan nyawa mereka juga dilindungi sebagaimana keatas Muslim tidak membezakan agama yang mereka anuti dalam negara Islam iaitu sistem pemerintah Khilafah. Peraturan2 Allah dalam menyusun kehidupan yang sempurna. .Dalam hal ini kita kena menganalisi segala sudut. Salah satu ciri2 muslim yang sejati. Mari kita lihat masyarakat kita pada hari ini yang semakin jauh dari hukum2 Allah samada kita ketahui atau sengaja tidak mahu lihat dan berfikir terhadap kepincangan yang melanda kehidupan umat dewasa ini. Apakah kita sedar dengan meninggalkan kewajiban bagi menerapkan hukum2 Allah adalah satu kemaksiatan yang paling besar. Dan apakah hujah kita dihadapan Allah nanti?



وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”

(Surah Al A’raf ayat 179)

Lihat saja masaalah anak2 kita…dari sekolah rendah kemudian menengah sehingga ke pengajian tinggi yang boleh dianggap sebagai para intelektual dan diharapkan sebagai pemangkin bagi mewujudkan generasi yang terbaik pada suatu hari nanti...Tapi yang berlaku adalah disebaliknya. Masaalah sosial bukanlah sesuatu yang baru tetapi liputan mengenainya sungguh kronik. Kes2 keganasan sosial seperti rogol yang melibatkan kanak2., sumbang mahram yang hangat diperkatakan, ponteng sekolah, black metal, samseng jalan raya, rusuhan disebabkan ketidakpuas hati terhadap penguasa dan sebagainya. Murid2 di sekolah rendah terbabit dalam gejala sosial seperti merokok, melawan guru, ponteng sekolah dan sebagainya. Begitu juga pada tahap sekolah menengah sehinggalah ke pengajian tinggi, yang selama ini kita harapkan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang terbaik untuk membangunkan umah, ekonomi, pendidikkan, muamalat yang telah diatur oleh Allah SWT . Tetapi apa yang diharapkan adalah sebaliknya, hanya sedikit saja yang mahu mengerti untuk diambil pelajaran.

Dengan ini usaha-usaha telah dilakukan oleh pihak-pihak yang terbabit bagi menyelesaikan masaalah2 gejala yang tidak sihat tidak lain hanyalah dengan mengadakan berbagai program2 seperti forum perdana ceramah2 di corong radio dan TV yang hanya menitik beratkan soal akhlak yang baik dan ibadah semata-mata. Dengan adanya program2 mereka fikir dengan program yang dijalankan ini dapat menangkis atau mengurangkan gejala2 yang kurang sihat. Pembangunan berterusan seolah2 meminggirkan pembentukkan nilai budaya ke atas personality individu. Dalam hal ini guru-guru agama sekarang asyik menitik beratkan akhlak dan ibadah. Apakah kempen yang dilancarkan ini benar2 meninggalkan kesan kepada golongan sasarannya? Persoalan ini timbul kebanyakkan kempen2 yang dibuat tidak membuahkan hasil...sehingga mereka lupa hukum2 yang mengatur manusia dengan manusia yang lain juga adalah Wajib. Seperti Muamalat, ekonomi Islam, kesihatan, pendidikan Islam, harta rikaz, usyur dan sbgnya telah diabaikan…sedangkan itu juga satu KEWAJIBAN sebagaimana KEWAJIBAN terhadap solat 5 waktu.

Allah berfirman dalam surah Al baqarah ayat 208



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya :

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam secara menyeluruh(Dengan mematuhi segala hukum2 nya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. SESUNGGUHNYA itu musuh bagi kamu yang NYATA.

Ayat diatas saja jelas menunjukkan kepada kita agar mematuhi segala hukum2 secara menyeluruh baik dari segi ibadah, akhlak, perbuatan2 yang menyangkuti hubungan manusia dengan manusia. Tidak memberatkan sebahagian saja seperti solat dan ibadah semata-mata dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Ingat Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 85



أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ

“Apakah kamu mengimani Sebahagian isi kandungan Al Quran dan mengingkari isi kandungan sebahagian yang lain”

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 42

وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Dan janganlah kamu campur-adukkan (peraturan2) yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.

Dan Allah melarang sama sekali umat mencampuri hukum Allah dangan hukum selain Islam (Batil) contohnya memungut zakat, nikah, harta pusaka, bercerai/jatuh talaq semuanya diikuti tapi tidak mahu meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah seperti Riba, arak dan tidak menjalankan hukum2 perbuatan seperti mencuri, berzina , minum arak dan sebagainya. Sedang kan hukum2 ini diwajibkan sebagaimana kamu bersolat.

Dalam firman yang lain surah Al Ahzab ayat 36



وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْراً أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالاً مُّبِيناً

“Dan tidak patut lelaki yang mukmin dan tidak (pula) perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasulnya telah menetapkan sesuatu ketetapan aka nada pilihan (selain hukum Islam) tentang (berkaitan) urusan mereka. Dan Barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul nya, maka SESUNGGUHNYA dia telah sesat, SESAT YANG NYATA..

Ayat diatas dengan tegas menyatakan barang siapa yang menetapkan hukum selain dari hukum Islam atau mencampur adukkan hukum2 tersebut. Sungguh, sesungguhnya ianya adalah SESAT YANG NYATA. Ayat menunjukkan betapa Allah mengecap golongan2 ini dengan tegas iaitu sesat yang nyata.

Sahabat yang diingati..
Kita tidak mempunyai masa dan zaman kita iaitu zaman abad 21 adalah zaman kebangkitan yang menyeru kepada kebaikkan (berbakti) kepada jalan Allah iaitu TAQWA, bukan setakat beriman. itulah orang2 yang beruntung seperti mana yang terdapat dalam Al Quran.

Oleh yang demikian mahu tidak mahu…kita sama mengajak umat Islam untuk menerapkan syariat Islam secara Kaffah dalam seluruh aspek kehidupan iaitu dengan terikat dengan Hukum-hukum Allah melalui sistem Khilafah. Tertegaknya Khilafah bermakna tertegaklah segala hukum Allah. Tanpa Khilafah maka runtuhlah segala syari’at Allah. Pemimpin umat (Amir mukminin) sedunia yang dipertanggungjawabkan memelihara dan menjaga Aqidah umat , menegakkan syariat serta memikul dakwah di penjuru bumi.Yang ditakuti dan disegani pihak lawan selama 1300 tahun lamanya. Iaitu satu kuasa SUPER POWER ketika itu dimana orang2 bukan Islam tunduk kepadanya. Insya’allah segala masaalah persoalan2 kehidupan seperti penindasan, kebuluran, pembunuhan, rogol ,kekayaan alam dibahagikan kepada umat dan sebagainya. Tidak ada jalan dapat diselesaikan hanyalah menerapkan dengan Hukum2 keatas umat, HAK MAKHLUK PASTI TERJAMIN. Hinggakan semut pun yang kecil selamat menjalani kehidupannya.

KHILAFAH IS SOLUTION.


Your Name:


Your Comment: