Muzakarah Akhir Zaman......
04.15.05 (5:18 pm) [edit]
ASSALAMUALAIKUM…..
Alhamdulillah….Alhamdulillah hi Rabbil Alamin….Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam….Tuan empunya kepada khazanah alam yang luas terbentang… Manusia tidak punya apa-apa di dunia ini, segalanya adalah milik Allah dan apa yang ada pada diri kite hanyalah pinjaman semata-mata……Sebagai umat akhir zaman, yang hidup di zaman fahsya’ dan mungkar ini, kite semua memegang satu amanah yang besar!!! Satu tugas yang mulia…yang di warisi daripada Rasulullah s.a.w….iaitu tugas dakwah dan tabligh…..tugas ini yang memuliakan umat Nabi Muhammad s.a.w berbanding umat-umat terdahulu….Betapa bertuahnya umat akhir zaman ini yang memikul tugas dakwah sehingga para Nabi dan Rasul terdahulu memohon pada Allah s.w.t untuk menjadi Nabi akhir zaman ataupun umat akhir zaman…..
Syukur kepada-Nya kerana diri ini masih dikekalkan nikmat Iman dan Islam…. Masih lagi dikekalkan nikmat kesihatan…masih lagi mampu bernafas udara yang langsung tidak dikenakan ‘caj’ oleh Allah s.w.t……masih lagi mampu berjalan di atas muka bumi Allah s.w.t ini…..mencari keredhaan-Nya, mengharap belas ihsan daripada-Nya….Dunia menuju akhir zaman, pelbagai tanda telah Allah s.w.t telah turunkan sebagai peringatan buat hamba-Nya yang masih leka dibuai mimpi dunia yang sementara….
Tergerak hati ini untuk berkongsi pengisian dalam buku “40 HADIS – PERISTIWA AKHIR ZAMAN” susunan Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi….
Dalam sepotong hadith, Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Bersabda Rasulullah s.a.w, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang yang asing”. Hadith riwayat Muslim… Cube kite lihat kembali keadaan akhir zaman ini…..Sebahagian umat Islam akan berasa ganjil dan pelik apabila melihat orang Islam yg beriltizam atau komitmen dengan Islam…..Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program, kemudian masuk waktu solat, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri ntuk menunaikan solat, maka tindakan itu akan dipandang sebagai tidak sopan dan tidak wajar. Sedangkan, orang yang bergurau senda ketika seseorang menunaikan solat, tidak pula dipandang sebagai perbuatan yang terkutuk……
Beginilah keadaan umat akhir zaman…..satu jemaah Islam yang bergerak dari rumah ke rumah, untuk menyampaikan Islam, untuk mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kepada kemungkaran….namun dipandang asing oleh Umat Islam sendiri…. Satu jemaah Islam yang beriltizam mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian, malah dedicated masa dan tenaga utk usaha dakwah dan tabligh….namun dipandang asing juga oleh umat Islam sendiri……Begitu besarnya cabaran dan dugaan dalam jalan dakwah ini…..Namun usaha atas iman dan amal amat besar ganjarannya…..Allah s.w.t telah janjikan syurga 10 kali yang lebih besar daripada dunia yang terdiri daripada 7 petala langit dan 7 petala bumi dan yg di antara keduanya, hatta bagi iman sebesar zarah……MasyaAllah, betapa Maha Pemurah dan Maha Besar Allah s.w.t………. oleh itu same-same kite menghidupkan kembali usaha dakwah dan tabligh ini, dan mari kite same-sama mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian…..Moga Allah s.w.t beri taufiq dan hidayat buat semua umat akhir zaman ini…….wallahualam…….
~~~tinta_ukhuwah~~~