Muhasabah Campus LIfe ---version 1---
02.17.05 (3:48 pm) [edit]ASSALAMUALAIKUM....
Alhamdulillah, sudah seminggu Muharram berlalu....
Aku masih di sini berusaha mencapai azam yg satu....
Walau jalan ini penuh berliku....
Namun aku yakin, kasih Allah padaku....
Saban hari aku berfikir sendirian.....
Tentang hakikat campus life....
Mengapa aku di sini??
Apa matlamat dan tanggungjawab ku??
Aku cube muhasabah diri ini yg serba hina....
Kadangkala aku leka....
Kadangkala aku ingat....
Ya Allah, berilah aku petunjuk....
Sedarkah wahai rakan seperjuanganku.....
Akan matlamat kite menuntut ilmu....
Mencari keredhaan Allah....
Amal dan sampaikan pada semua....
Namun, mengapa suasana kini berbeza???
Menuntut ilmu hanya kerana peperiksaan....
Hanya kerana kebanggaan....
Atau hanya kerana segulung ijazah.....
Sedarlah wahai rakan seperjuanganku....
Akan keberkatan ilmu yg kite cari.....
Akan kasih sayang Allah yg kite capai.....
Sedarkah wahai rakan seperjuanganku.....
Betapa tebal buku rujukan kite....
Betapa asyiknya kite membacanya.....
Namun kite lupe....
Akan kebesaran dan mukjizat Al Quran....
Mengapa kite tidak mampu khatam.....
Mengapa kite tidak mampu amalkan....
Sedarlah wahai rakan seperjuanganku....
InsyaAllah...akan bersambung....
Maal Hijrah.....Azam yg suci....
02.09.05 (9:58 pm) [edit]Assalamualaikum.....
Alhamdulillah, segala puji milik Allah yg telah mengizinkan daku menyambut Maal Hijrah 1426 kali ini.....Sedar tak sedar, sudah 1426 tahun sejak peristiwa bersejarah, perpindahan Nabi Muhammad s.a.w bersama umat Islam, dari Kota Makkah ke Madinah....1426 tahun, juga menyaksikan Islam berkembang ke serata pelosok dunia...Syukur kepada-Nya kerana Islam telah datang ke bumi Malaysia ini.....namun kini, syiar Islam semakin pudar...Islam hanya pada nama, masjid tersergam indah....namun kurang dimakmurkan, segelintir masyarakat mengaku Islam.....namun menentang hukum-hukum Islam....dan banyak lagi senario yg berlaku di sekeliling kite.....Moga Islam kembali gemilang, teguh di sanubari setiap Muslim....
Di kampung aku, detik akhir & awal tahun Hijrah disambut dgn meriah...ketika jam 6.45 ptg, sumer masyarakat qariah surau telah berkumpul beramai2 bagi membaca tahlil serta doa akhir & awal tahun.... Aku agak lewat sampai kerana sibuk melayan karenah adik2 ku yg masih kecil....Aku mengajak mereka bersama2 ke surau bagi merasai dan melihat sendiri bagaimana detik2 akhir & awal tahun Hijrah disambut....Aku tidak mahu, satu hari nanti mereka hanya terdedah pada sambutan Tahun Baru Masihi....bunga api dan konsert telah sinonim dgn New Year Celebration.... Aku tetap bersyukur, di kampungku...syiar Islam masih lagi gemerlapan, tapi yg membimbangkan daku ialah nilai Islam di hati setiap Muslim.....Moga Islam menjadi 1st Priority dlm diri kite...insyaAllah.....
Setiap tahun, aku akan memasang azam....namun, aku akui....sehingga kini aku gagal mencapai azamku itu....ntahla, mungkin hati ni belum cukup cekal dan tabah....Kali ini, aku akan cube sedaya upaya merealisasikan azamku....biar diri ini bermandi peluh dan darah, aku akan tetap mencuba.... "Ya Allah....Bantulah hamba-Mu ini....."
Hadiah Al-Fatihah utk Atuk.....
02.02.05 (2:16 pm) [edit]ASSALAMUALAIKUM......
Astaghfirullah...banyaknya ujian dan cabaran yg perlu aku hadapi hari ini.... " Ya Allah berilah hamba-Mu ini kekuatan, dan bimbinglah daku ke jalan yang lurus....." Pagi ini aku telah dikejutkan dengan panggilan telefon daripada abah di kampung yg mengatakan bahawa Atuk telah meninggal dunia....telah sekian lama Atuk menderita akibat sakit tua, dan Allah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah menjemput Atuk untuk bertemu dengan-Nya pada malam tadi....same2 kite hadiahkan Al-Fatihah untuk arwah Atuk, moga rohnya ditempatkan dalam golongan orang2 soleh......
Hari ini juga aku merasa diri ini serba tidak kena, aku hilang tumpuan semasa dalam kelas, malah kini aku dalam dilema utk membuat satu keputusan tentang pengajianku....Alhamdulillah, dah banyak kali aku solat istikharah untuk memohon petunjuk daripada Allah.......
Akibat hilang tumpuan, aku hampir-hampir mengalami kemalangan ketika menunggang motorsikal pulang dari kelas tadi, entah mengapa, tiba2 jer aku hilang kawalan.....Alhamdulillah, Allah beri ilham padaku dalam keadaan spontan untuk mengatasi kemalangan itu...Bile aku muhasabah kembali peristiwa tersebut, baru aku sedar bahawa aku telah mengamalkan ilmu "Statics" yg aku pelajari ttg keseimbangan daya....hehe, macam kelakar bunyinya, tapi itulah hakikat ttg ilmu yang kite amalkan.....Syukur kepada Allah......
