Sujud Syukur : Alhamdulillah di atas segala nikmat-Nya

11.29.04 (10:56 pm)   [edit]







Assalamualaikum.....

" Tidak ada orang yg sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang apabila mereka diberi peringatan dan ajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud ( menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur" Surah As Sajadah ayat 15....

Alhamdulillah.....beberapa hari lepas, aku baru sahaja menerima keputusan semester exam....berdebar ++ risau ++ takut sumer bercampur aduk dalam satu resepi..... namun berbekalkan resipi usaha ++ tenang ++ tawakkal ketika menghadapi exam, Alhamdulillah hasilnya benar2 menggembirakan hati ini....Tiada saat yg lebih manis ketika melihat wajah mak abah ketika mendengar berita ini.... Alhamdulillah, janji aku pada mereka telah dikotakan....harapan mereka pada aku telah dicapai...... Moga secebis kejayaan ni tidak akan menjadikan diriku lalai dan leka dalam mengejar kejayaan setinggi gunung......amin......

Teringat petikan kata2 semangat daripada As Syaheed Al Imam Hassan Al Banna, " KEMENANGAN ITU SEDANG MENANTI DI HADAPAN KITA. WALAUPUN TEKANAN SEMAKIN DASYAT DAN KERAS MENGHIMPIT KITA, TETAPI INGATLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA FAJAR MENTARI PASTIKAN TERBIT WALAUPUN KEGELAPAN MASIH BERPANJANGAN"

Akhir kata, moga perjuangan kite menuntut ilmu sentiasa dirahmati oleh Allah.....Moga ilmu yang dipelajari ini bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara... amin.....

tinta_ukhuwah :wink: :wink: :wink: :wink: :wink: :wink: :wink:

Ilmu Dan Perjuangan.....

11.25.04 (10:29 am)   [edit]




ASSALAMUALAIKUM……

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnia-Nya, kita masih lagi hidup di muka bumi Allah ni…..Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita…. Hari demi hari, masa berlalu dengan pantas meninggalkan kita yg sedang leka dengan urusan duniawi…..Usia muda tidak kekal lama…Kini usia tua menjelang tiba….namun adakah perjalanan hidup ni begitu panjang?? Dengan izin Allah, perjalanan hidup yg kite anggap begitu panjang ni boleh putus di tengah jalan…….

“ Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang2 yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar “ (Al-‘Asr : 1-3)

Teringat teman2 seperjuangan yg kini telah kembali ke IPT…. Yang jauh beribu-ribu batu…. Yang dekat hanya sebatu….namun kami semua mempunyai matlamat yang satu….iaitu MENUNTUT ILMU….. kepada teman2 yang bakal menghadapi periksaan, moga kalian BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA YG SATU…..kepada teman2 yang baru kembali ke medan ilmu, LANGKAH SERIBU BATU, BERMULA DENGAN LANGKAH YANG SATU……

Dari Anas bin Malik r.a, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, “ MENUNTUT ILMU ADALAH SATU FARDHU YANG WAJIB ATAS TIAP-TIAP SEORANG ISLAM “ Hadith riwayat Abu Majah dan lain-lain….

Teringat petikan kata2 Imam Malik “ ILMU ITU ADALAH CAHAYA, IA MUDAH DICAPAI DENGAN HATI YANG TAKWA DAN KHUSYUK “

Ilmu dan perjuangan memang tidak dapat dipisahkan….namun jangan sampai kita menjadi hamba kepada ilmu hingga lupa akan tanggungjawab kepada Allah, kepada Islam dan kepada Umat Islam Sejagat…..jadikan usaha kita menuntut ilmu sebagai satu perjuangan bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi untuk Islam tercinta……



Tangisan Fallujah........

11.18.04 (9:01 pm)   [edit]





ASSALAMUALAIKUM....

Hampir seminggu Syawal telah berlalu.... Kemeriahan Eid Al Fitri semakin pudar..... Namun jalinan ukhuwah antara saudara mara, sahabat handai dan teman-teman seperjuangan tetap utuh.....Ziarah menziarahi, maaf bermaafan menjadi medium mengeratkan lagi ikatan ukhuwah yg telah terjalin.....

Namun sedarkah kite...di satu ceruk dunia.... nun jauh di sana....di Fallujah, Iraq.....satu kisah yg dipandang sepi oleh dunia hari ini....Tangisan....Rintihan masyarakat Islam di Fallujah seolah2 tidak dihiraukan oleh masyarakat dunia, apatah lagi Tentera Amerika Laknatullah yg menyerang berhabis-habisan bumi Fallujah hingga hancur luluh.......

Tentera Amerika Laknatullah yg menggunakan lesen "memerangi keganasan", telah menyerang Fallujah berhabis-habisan, semata-mata untuk menghapuskan Abu Musab Al-Zarqawi.....yang kononnya menjadi dalang keganasan di Iraq dan kini sedang bersembunyi di Fallujah.....Namun menurut seorang muslimah Fallujah, Umm Waddah, yg kini telah melarikan diri dr Fallujah, telah meragui kewujudan Al-Zarqawi di Fallujah.....malah menurutnya, Tentera Amerika Laknatullah telah membunuh hampir 1200 orang penduduk Fallujah, hanya kerana seorang insan bernama Al-Zarqawi.....Fikirkanlah, adakah ini tindakan rasional drpd pihak yg kononnya mengaku "memerangi keganasan" ???? Sebaliknya ini adalah tindakan pengecut Tentera Amerika Laknatullah ke atas Islam.... Tentera Amerika Laknatullah adalah pengganas di atas tindakan mereka sendiri.....

Menurut seorang muslimin Fallujah, Abu Mohammed, "Segala-galanya di Fallujah telah dihancurkan oleh Tentera Amerika. Mereka mengebom kawasan perumahan awam, hospital, klinik, malah doktor2 juga dibunuh......penembak curi, snipers, bertebaran di serata Fallujah, mereka menembak apa2 sahaja yg bergerak termasuk binatang."

Seorang lagi muslimah Fallujah, Umm Omar, telah menceritakan tentang anak saudaranya yg telah terbunuh dan masih bergelimpangan di jalan raya....Tentera Amerika Laknatullah telah menghalangnya daripada menarik mayat mangsa ke dalam rumah.....beliau bercerita lagi tentang kisah seorang lelaki tua yg tidak dikenalinya telah meninggal dunia di rumahnya.....beliau menemui lelaki tua itu cedera ditembak di muka pintu rumahnya....walaupun dapat menarik lelaki tua itu ke dalam rumah, namun tiada apa yg mampu dilakukan untuk membantunya....telefon tidak berfungsi, malahan tiada lagi doktor di Fallujah....akhirnya lelaki tua itu meninggal dunia 3 hari kemudian.....

Umm Usama, seorang muslimah Fallujah telah bercerita, "Di dalam rumah, segala-galanya bergegar akibat serangan kapal terbang yg terbang rendah di angkasa. Jika berlari keluar dari rumah, kapal terbang tersebut akan menyerang."

Ada lagi kisah tentang seorang muslimah Fallujah yg sedang hamil 7 bulan. Beliau telah diserang hingga kandungannya terpisah dari tubuhnya.....beliau bertahan selama 6 jam sebelum meninggal dunia.......

Ohh....Fallujah.....Tangisan...Rintihan....mu sepi di sebalik hiruk-pikuk serangan tentera Amerika Laknatullah.... Di manakah Dunia Islam yg seharusnya bersatu membela nasib saudara2 kite di sana???? Allah pasti bersamamu.....kami pasti bersamamu berjuang menentang musuh2 Islam.........

" HIDUP SEBAGAI MUJAHEED.... MATI SEBAGAI SYAHEED "

tinta_ukhuwah :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry:

Satu Pertemuan.....Satu Perpisahan.....

11.11.04 (11:04 pm)   [edit]





ASSALAMUALAIKUM.......

Ramadhan Al Mubarak semakin meninggalkan kite..... Setiap pertemuan pasti berakhir dgn satu perpisahan.... Di antara satu pertemuan dgn satu perpisahan, pasti menyimpan seribu satu memori......... Bagaimanakah pertemuan kite dengan Ramadhan kali ini?? Masa berlalu dgn begitu pantas......teringat pertemuan pertama dgn Ramadhan sebulan yg lepas.....Alhamdulillah, pertemuan kali ini begitu bermakna bagiku.... pertama kali aku bertemu Ramadhan di IPT, dgn suasana yg hampir berbeza setiap tahun.....aku merantau dr satu masjid ke masjid yg lain....bukan sekadar suka2, tapi aku mencari majlis ilmu yg semakin dipinggirkan di Selangor skang.....

Pertemuan dgn Ramadhan kali ni, penuh ranjau dan duri..... Aku terpaksa berhadapan dgn Final Semester Exam.... Umpama satu perjuangan di medan perang, exam kali ni mmg betul2 mencabar...... Alhamdulillah, aku berjaya tempuhinya.....teringat zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat dahulu, mereka berjihad di medan perang untuk membela agama Islam walaupun ketika di bulan Ramadhan.......mungkin fenomena yg saya boleh kite lihat sekarang....lihatlah saudara2 kite di Fallujah, Iraq yg dikepung dan diserang oleh tentera2 Amerika.....Pejuang2 Islam di sana berjihad membela Islam dan tanah air mereka walaupun di bulan Ramadhan....kite seharusnya bersyukur di atas keamanan di tanah air kite, tapi itu bukan bermaksud kite selamat daripada agenda2 musuh2 Islam yang secara terang-terangan atau diam-diam cube menjatuhkan Islam.......Kite sebagai Umat Islam tidak boleh leka dan lalai.....Kite sebagai umat Islam tidak boleh hanya berdiam diri melihat saudara2 kite di Iraq, Palestine, Afghanistan, Thailand dan di serata dunia ditindas oleh musuh2 Islam terutamanya Amerika dan Yahudi.......Islam pasti akan bangkit dan mengecap kembali zaman kegemilangannya......

Kini Syawal menjelang tiba.... Syawal melambangkan kejayaan dan kemenangan Umat Islam berjuang dan berjihad di bulan Ramadhan......aku menyambut Syawal kali ni dgn serba sederhana.....aku merasakan diri ni serba kekurangan dan banyak kelemahan yg perlu aku perbaiki......Kemenangan yg sejati apabila melihat Islam ditegakkan......Kemenangan yg sejati apabila melihat Umat Islam menguasai dunia.........Aku menanti saat tibanya hari itu......
" HIDUP SEBAGAI MUJAHEED..... MATI SEBAGAI SYAHEED