ADAKAH ISLAM TELAH MERDEKA???

08.26.04 (10:29 am)   [edit]



Assalamualaikum.....

Tanggal 31 Ogos sudah semakin hampir.... Laungan kemerdekaan bergema di sana sini....Konsert pun bergema di sana sini... sedangkan baru-baru ni Majlis Mufti telah mengeluarkan fatwa bahawa segala konsert yang tiada batasan pergaulan dan melalaikan adalah HARAM....namun konset tetap dianjurkan...inikah yang dimaksudkan dengan ISLAM HADHARI??? Kite hayatilah erti kemerdekaan ini dengan muhasabah diri kite dan cermin diri kite..... pada saya ISLAM belum merdeka....Lihatlah negara-negara Islam sekarang yang telah dijajah, sama ada dari segi fizikal atau mental oleh negara-negara barat........Palestine dan Iraq yang telah dijajah oleh Yahudi dan Amerika... manakala negara-negara Islam lain pula dijajah ekonomi dan mentallitinya.....bolehkah kite katakan ISLAM sedang merdeka ketika ini??? TIDAK sama sekali.... di sinilah letaknya peranan kite sebagai muslim... walau sekecil mana sumbangan yang mampu kite berikan untuk ISLAM, maka lakukanlah.... kerana SUMBANGAN YANG BESAR BERMULA DARI SESUATU YANG KECIL........same-same kite renungkan yer.......


Alhamdulillah...exam untuk mid term sudah selesai....
usaha sudah...kini adalah ketentuan-Nya untuk mengurniakan apa yang terbaik buat hamba-Nya....
Jika kurang cemerlang...pasti ada hikmah di sebalik kegagalan itu, dan same-samelah kite muhasabah kembali diri ini.... Jika cemerlang pula, maka segala puji bagi Allah yang menentukan segalanya..... Apa yang ada pada kite sabagai makhluk-Nya??? Ilmu kite hanyalah umpama setitik air di lautan....Jadi janganlah berbangga dengan ilmu yang ada...sebaliknya amalkan dan sampaikan ilmu tersebut....moga menjadi bekalan di hari kemudian :wink: :wink: :wink:

Minggu Exam....

08.24.04 (12:45 pm)   [edit]


Assalamualaikum....

Alhamdulillah....syukur kepada-Nya kerana masih diberi kesihatan dan peluang untuk menuntut ilmu.... kemanisan dan keikhlasan dalam menuntut ilmu pasti menjadi catalyst atau pemangkin untuk kite terus berjuang mancari dan memanfaatkan ilmu yang ada di jiwa kite....Sekarang ni minggu exam... Alhamdulillah, segala persiapan untuk menghadapinya telah sempurna... cume persoalannya kini, " ADAKAH AKU MENUNTUT ILMU SEMATA-MATA KERANA EXAM?? ".....

Same-samelah kite renungkan persoalan ini dan sekaligus muhasabah diri ni yer.... :? :? :?

Fadhilat Bulan REJAB

08.16.04 (6:02 pm)   [edit]
ALHAMDULILLAH.... masih diizinkan oleh Allah untuk kite hidup hingga bulan Rejab pada tahun ni..... Kejap jer mase berlalu kan... Dah lame tak bertemu dengan teman2 seperjuangan dahulu...tentu mereka sudah melupakan insan di sini ....takpelah, " UKHUWAH ITU INDAH ANDAI KITE BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH ".... andai aku telah dipanggil untuk menghadap-Nya terlebih dahulu...maafkan dosa2 lepas yer....
Same2 kite manfaatkan Bulan Rejab yang telah kembali ini.....

Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w telah bersadba :-
"Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan
ALLAH, maka:

i) Barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam
bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat
keredhaan yang besar dari ALLAH s.w.t.

ii) Barangsiapa yang berpuasa dua hari akan
mendapat kemuliaan di sisi ALLAH s.w.t.

iii) Barangsiapa yang berpuasa tiga hari, maka
ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya
dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila,
penyakit putih-putih dikulit badan yang
menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan
dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

iv) Barangsiapa berpuasa lima hari dalam bulan
ini, permintaanya akan dimakbulkan oleh ALLAH
s.w.t.

v) Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan
ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam
dan barangsiapa berpuasa lapan hari maka
dibukakan lapan pintu syurga.

vi) Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam
bulan ini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-
dosanya yang telah lalu dan menggantikan
kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan
barangsiapa yang menambah (hari-hari
puasa) maka ALLAH akan menambahkan
pahalanya."

Sabda Nabi s.a.w: "Pada malam Mikraj, saya
melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis
dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih
harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada
Jibril a.s.: "Wahai Jibril untuk siapakan sungai
ini?. Maka berkata Jibril a.s.: "Ya Muhammad
sungai ini adalah untuk orang yang membaca
selawat untuk engkau dibulan Rejab ini".

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :-
"Ketika kami berjalan bersama-sama Nabi
s.a.w. melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti
dan baginda menangis dengan amat sedih,
kemudian baginda berdoa kepada ALLAH
s.w.t. Lalu saya bertanya kepada baginda "Ya
Rasulullah s.a.w., mengapakah anda menangis?"
Lalu baginda bersabda : "Wahai Tsauban,
mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka,
dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH
meringankan seksa ke atas mereka".

Sabda baginda lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah
sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari
dan beribadah satu malam sahaja di bulan Rejab
nescaya mereka tidak akan diseksa dalam
kubur".

Tsauban bertanya: "Ya Rasulullah s.a.w, apakah
hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu
malam dalam bulan Rejab sudah boleh
mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda
baginda: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat
yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada
seorang muslim lelaki dan perempuan yang
berpuasa satu hari dan mengerjakan solat
malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat
kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan
baginya seperti berpuasa satu tahun dan
mengerjakan solat malam satu tahun." :? :? :wink: :wink:

Demam.....

08.15.04 (2:44 pm)   [edit]


ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah....syukur sangat hari ni kerana masih lagi dapat bernafas udara yang Allah kurniakan ni dengan percuma....Sesungguhnya tidak pernah sesekali Allah mengenakan bayaran kepada kite sebagai makhluk-Nya di atas segala nikmat-Nya ni.....Namun masih ramai lagi, termasuk saya sendiri yang kadang kala lalai dan leka untuk bersyukur dan berterima kasih kepada Allah...
marilah same2 kite muhasabah diri ni yer... 8) 8)

Dah hampir seminggu batuk2 dan selesema aku ni tak sembuh lagi....Namun aku tetap bersyukur kerana aku akan lebih mengingati-Nya apabila sakit...Inilah lumrah manusia kan? hanya ingat kepada Allah apabila susah...
Nauzubillah, jauhkanlah aku dari bersifat begitu :? :?
Sekarang ni aku tgh cube khatamkan sebuah buku berjudul "Persediaan Menghadapi Maut" karangan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat... Antara isi kandungan buku itu ialah : Segala musibah dan dugaan yang menimpa diri kite adalah sebagai kifarah @ penebus kepada dosa2 kite.... Jadi seharusnyalah kite bersyukur dengan segala dugaan ni kerana ia adalah tanda peringatan daripada Allah....

Sebelum ni dah cube makan ubat batuk, tapi pahittttt sangat :x :x :x jd sampai skang fobia dgn ubat tu, hehe...takpelah, aku dah berusaha dengan mengamalkan minum madu dan air zamzam...
InsyaAllah dengan izin-Nya harap sangat cepat sembuh sbb exam pun dah dekat....
WISH ME LUCK !!!

Persoalan Di Hati Ini...

08.09.04 (6:39 pm)   [edit]


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... kerana-Nya kite bertemu, dan
kerana-Nya kite berpisah... dan dengan izin-Nya jua dapat bertemu kembali di sini...

Kebelakangan ni, hati ni resah... banyak persoalan yang timbul di hati ini... ingin bertanya, namun kelu lidah ni.. ingin disimpan, namun tidak tenteram dibuatnya...
Entahla...hanya Allah saja yang tahu betapa kelirunya hati ni... Alhamdulillah, hanya kepada-Nya sebaik2 tempat untuk kite mengadu...

Dalam surah Al-Ankabut, ayat 69 ade diterangkan...
"Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh (berjuang untuk mencapai keredhaan Kami) nescaya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat baik (beramal soleh) "

Perlu ade keyakinan dalam hati kite ni akan bantuan dan pertolongan daripada Allah. Hanya kepada-Nya tempat kite mengharap dan kepada-Nya lah sebaik-baik tempat untuk kite mengadu... Namun jangan lupe akan usaha dan ikhtiar.....

Jike kite berusaha mencari kasih-sayang Allah, nescaya kasih-sayang makhluk-Nya akan mencari kite....

Renungkanlah yer... :wink: :wink: