LELAKI ACUAN AL-QURAN...

06.19.04 (6:27 pm)   [edit]
=http://img78.photobucket.com/...

LELAKI ACUAN AL-QURAN...

as adapted from bicaramuslim.com

"Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran
Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran"
:cry:

Doa Seorang Isteri....

06.19.04 (6:19 pm)   [edit]
=http://img78.photobucket.com/...

DOA SEORANG ISTERI...

as fwd from email...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

:cry:

Muhasabah Diri ~~Dunia Akhir Zaman~~

06.18.04 (12:02 pm)   [edit]
Assalamualaikum….

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk bernafas, berfikir dan berbicara di dunia yang fana ini. Allah langsung tidak meminta hamba-Nya sebarang bayaran di atas segala nikmat-Nya ini… Renungkanlah wahai sahabat….

Dah lame rasanya tak menulis sesuatu di sini. Nak kata sibuk, tak jugak.. Mungkin saje buat-buat sibuk kot…

Ingin rasanya berkongsi sesuatu dengan para sahabat sekalian. Minggu lepas, saya dan 2 orang sahabat di kampung telah menghadiri satu majlis ceramah Maulidur Rasul di pekan. Penceramah undangan ialah, Yang Berbahagia Ustaz Hassan Din Al-Hafiz. Satu nama yang tidak asing lagi dalam arena dakwah di Malaysia.

Ceramah beliau yang berlanjutan hingga hampir 3 jam begitu menarik dengan diselitkan hujah-hujah daripada Al-Quran dan Hadis. Antara inti sari ceramah beliau ialah tentang dunia akhir zaman kini yang begitu mirip dengan zaman jahiliyyah dahulu…

Buktinya, ketika zaman jahiliyyah dahulu, segelintir masyarakat jahiliyyah membunuh bayi perempuan mereka hidup-hidup. Kini, dunia akhir zaman menyaksikan segelintir daripada masyarakat kita membuang dan membunuh bayi yang baru lahir, tidak kira lelaki atau perempuan. Dan lagi, ketika zaman jahiliyyah dahulu, segelintir masyarakat jahiliyyah mengamalkan penzinaan dan perogolan. Tetapi, akhir zaman kini bukan hanya penzinaan berleluasa, malah perogolan oleh bapa kepada anaknya, abang kepada adiknya, malah datuk kepada cucunya juga berlaku…

Renungkanlah wahai sahabat…. Mari kita sama-sama berdoa agar dijauhkan daripada fitnah dan dugaan akhir zaman ini…

Kasih-sayang @ Kekayaan @ Kejayaan

06.15.04 (10:04 pm)   [edit]
Assalamualaikum...

fwd from email...

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam."Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap."Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira."Bagusnya!!" dia berkata."Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya."Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.Dimana
ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

--artikel sumbangan seorang sahabiah--

Strive For The Best...

06.14.04 (7:36 am)   [edit]
assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur di atas rahmat-Nya yg tak terhingga banyaknya....

Rasa mengantuk teramat sangat sekarang nih. Kalau disorongkan bantal, confirm tido, hehe...

:lol:
Semalam, cume dapat tido 3 jam aje after Portugal vs Greece match... pastu kene bangun awal pagi sebab lepas Subuh kene drive ke Cheras plak, untuk hantar sahabat sya dgn familynya register di IPTA...

Malam td, sampai umah kul 10mlm terus je tido sbb letih sangat. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk bangun pukul 2.30pg... selepas selesai Tahajjud, terus buka tv. Ade France vs England match... Alhamdulillah, France menang 2-1 dengan dramatik sekali... mmg puas hati dpt tengok game tu...

Bukan ape, kagum dengan semangat juang player France, especially, Zinedine Zidane @ Zainuddin Yazid, nama sebenar dia. Moralnya... as long as we have a strong determination and courage to success, InsyaAllah.. there always a way. Dalam Islam, paling penting...always seek for Allah guidance to success. Ketentuan-Nya mengatasi segala ketentuan makhluk.

Okla..nak sambung tido nih. Belum tido lg dari pukul 2.30pg td... salam ukhuwah... :wink:

Demam Bola...

06.12.04 (10:48 pm)   [edit]
=http://img7.photobucket.com/a...%20tblog/francecup2000.jpg

assalamualaikum...

Alhamdulillah, Allah masih kekalkan nikmat iman, akal dan kesihatan dalam diri ini...

Sebenarnya, kebelakangan ni tak berape sihat sangat, tengah demam... takde ubat bleh rawat demam nih...
hehe, tengah DEMAM BOLA... lagi 2 jam, bermulalah perlawanan pembukaan Euro 2004, Portugal vs Greece...
Tak sabo rasanya... walaupun esok sebenarnya kene bangun awal pagi. Sebab kene drive pegi Cheras bersama-sama family sahabat kat kampung ini... Alhamdulillah, sahabat sya ni dapat blaja di KUIM...

Kat Malaysia, hampir semua match bola start pukul 2.30 pagi... senang kata pada sepertiga malam... Walaupun kite sibuk dengan urusan bola, jangan sesekali lupekan urusan kite kepada-Nya... Andai kite sanggup bangun untuk menonton bola, ape salahnya sebelum itu kite solat tahajjud dulu... Sya mengingatkan diri sendiri kerana sesungguhnya kite sebagai manusia mudah leka dan lalai....

Renungkanlah sahabat dan sahabiah... jika sya terleka dengan dunia ini, same-samelah kite nasihat-menasihati yer....

Doa Menuntut Ilmu...

06.11.04 (7:16 am)   [edit]
=http://img7.photobucket.com/a...%20tblog/success_is.jpg


Ya ALLAH,
Dengan kebesaran NabiMU
Ajarkanlah aku ilmu yang seni-seni.

Tuhan,
Fahamkanlah aku ilmu-ilmu yang tersirat
Untuk dapat disuratkan
Anugerahkanlah aku sedikit ilmu-ilmu rahsia
Yang terkandung didalam ilmu
Terutama ilmu mengenai hati
Hati adalah makhluk MU
Yang banyak mengandungi rahsia

Hati manusia adalah penentu
Apakah seseorang itu kesyurga atau keneraka
Ilmu hati sangat tersembunyi
Darinyalah lahir ilmu hikmah
Ilmu hikmah, sedikit sekali manusia yang tahu
Sekalipun para ulamanya
Kecuali mereka yang hatinya
terlalu bersih dan murni
Ilmu inilah yang ENGKAU maksudkan dalam Al-Quran
Pertama : Takutilah ALLAH,
nescaya ALLAH akan ajarkan kamu
Kedua : Siapa yang diberi ilmu hikmah,
sesungguhnya ia diberi sesuatu yang banyak.

Tuhan!
Ilmu itu sangat aku perlukan
Untuk membaiki diriku dan ahli keluargaku
Terutama dizaman yang penuh fitnah ini.

Tuhan!
Aku sungguh mengharapkan ilmu ini
Ajarkan sedikit padaku
Agar aku mampu memimpin diriku dan keluargaku
Ya ALLAH ! Istajib doa ana...
:D

Muhasabah Diri ** demi masa **

06.10.04 (6:10 pm)   [edit]
Assalamualaikum…

Alhamdulillah, Allah masih beri kelapangan masa kepadaku untuk meluangkan masa di sini, walaupun kebelakangan ni agak sibuk dengan urusan dunia… Alhamdulillah, urusan dengan-Nya tetap menjadi keutamaan…

“ Demi masa…. Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian…” Surah Al-Ashr, ayat 1 dan 2…

Cepatnyer masa berlalu... Tempoh masa setahun ini berlalu tanpa aku sedari… adakah ni merupakan tanda-tanda akhir zaman?? Sesungguhnya, bagaimana persediaan kita untuk bertemu dengan-Nya ??

Sepanjang setahun ni, banyak peristiwa suka dan duka berlaku. Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk-Nya di atas segala dugaan ini, yang pasti ada hikmah tersembunyi… Perjalanan hidup kite masih jauh… Jika Allah telah memilih kite untuk melalui jalan-jalan yang berliku, sesungguhnya kite harus bersyukur, kerana kita akan selalu berwaspada dan beringat serta mengharap petunjuk dan taufiq daripada-Nya…

Andai Allah telah mengurniakan kite jalan yang lurus dan mudah dalam hidup ini, maka berhati-hatilah wahai sahabat…
Kerana, sebagai manusia kite mudah leka dengan dunia yg fatamorgana ini, lantas lupa kepada-Nya….

Same-same kite renungkan yer….
:?

Rest In Peace....

06.05.04 (6:40 pm)   [edit]
=http://img7.photobucket.com/a...%20wallpapers/kitten10.jpg

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi di atas taufiq dan hidayah-Nya....

Cepatnyer masa berlalu, InsyaAllah lg 3 minggu, bermulalah hidup baru, di tempat yang baru bersama teman2 yang baru.... Ya Allah, bantulah aku istiqamah dalam perjuangan ku mencari kasih sayang Mu , walau di mana aku berada...

Hari ni mmg letih dan lesu sgt, entah nape rasa tak bersemangat je diri ini... adakah kerana usahaku masih belum mencukupi atau Allah ingin mengujiku dengan dugaan-Nya lagi... InsyaAllah, semua ni akan aku tempuhi dan pasti ada hikmah yang tersembunyi....

Rest In Peace.....



:wink:

Muhasabah Diri~~harga sebuah senyuman~~

06.04.04 (10:08 pm)   [edit]
=http://img7.photobucket.com/a...%20tblog/baby_smile.jpg
~~gambar ini sumbangan daripada seorang sahabiah seperjuangan~~


assalamualaikum....

Alhamdulillah, Allah masih beri aku peluang utk melihat kejadian alam sambil berfikir....

Hari demi hari berlalu, terasa diri ini semakin sukar untuk menghadirkan sebuah senyuman... adakah kerana dugaan dan ujian Allah sepanjang tahun ini melenyapkan senyumanku... jika benar, maka sesungguhnya aku adalah hamba-Mu yang hina dan lemah.....Ya Allah, tabahkanlah hati ni dan hadirkanlah senyumanku.....

Andai aku diberi peluang, ingin aku senyum seperti seorang bayi.... senyumannya tulus suci dan ikhlas...
Kadang2 aku tersenyum sendirian apabila melihat telatah adik2ku dan anak2 saudaraku bermain dan senyum keriangan.....

Namun, senyuman yg menjadi impianku setiap hari ialah daripada kedua-dua ibu bapaku... senyuman yang memberi 1001 semangat dan harapan dalam hidup ini....

Renungkanlah, betapa bernilainya harga sebuah senyuman....

:D

Muhasabah Diriku ~~Untukmu Palestine~~

06.02.04 (10:43 pm)   [edit]
=http://img7.photobucket.com/a...%20wallpapers/palestine.bmp

assalamualaikum...

Alhamdulillah, petang ni cuaca redup... setelah beberapa minggu tidak hujan, rahmat Allah telah turun pada petang ni.....

Sambil menyaksikan suasana yang redup di luar...
tiba-tiba hati ini terdetik satu perkara.....

Andai Allah telah takdirkan diriku ini hanya dapat hidup untuk sebulan lagi..... lantas telah diberi satu peluang untuk pergi ke satu tempat untuk menghabiskan sisa hidupku..... APAKAH PILIHANKU ??

1) Melancong ke luar negara sambil menikmati nikmat dunia untuk kali terakhir....
ATAU
2) Pergi ke Tanah Haram, Makkah dan mati dengan tenteram....
ATAU
3) Pergi ke Palestine, dan berjihad menentang musuh Allah, lantas mati sebagai syahid...

Fikirkanlah sahabat...apakah pilihan kita jika berada dalam situasi tersebut.....

:cry:

kejamnya kita....

06.02.04 (6:32 pm)   [edit]
Tiga Orang sedang bertanding untuk melihat siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga
giginya patah, darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu,
dan akhirnya peremuan itu pengsan.

Dia perpusing menghadap dua lelaki dan berkata,

"Akulah orang yang paling kejam",

Lelaki kedua bangun dan merogol perempuan itu dan terus memukul
perempuan itu sehingga perempuan itu mati. Dan dia berkata

"Ttidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku".

Lelaki ketiga pula bangun dan senyum dan menjawab

"Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu
sedangkan perempuan ini adalah adik aku"

Perempuan itu adalah Iraq.
Lelaki pertama ialah Saddam.
Lelaki kedua adalah Negara Barat.
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.

Tahniah kepada Umat Islam.

Nota: Muhasabah lah diri kita, di antara 3 hamba Allah itu mana satu
kah kita...
~~dipetik dari email~~ :cry:

Senyum....

06.01.04 (6:31 pm)   [edit]
=http://img7.photobucket.com/a...%20wallpapers/smile.jpg

assalamualaikum....

Lagu "senyum" ni menyimpan seribu satu kisah dan kenangan.... InsyaAllah, moga ukhuwah yang terjalin berkekalan......