Mujahidah Sejati....

05.30.04 (10:52 pm)   [edit]
=http://img7.photobucket.com/a...%20wallpapers/beautyofhij ab.jpg

assalamualaikum....

kepada semua muslimah, renungkanlah....

Muhasabah Diri Ini....

05.29.04 (6:06 pm)   [edit]
assalamualaikum....

Kebelakangan ini, hati ni sentiasa tak tenteram....adakah kerana aku kurang mengingati-Nya, atau adakah aku semakin lalai dengan dunia yg fatamorgana ini....

Ya Allah..janganlah Kau biarkan hamba-Mu yang hina ini keseorangan menghadapi ujian dan dugaan-Mu....

Biarlah aku kehilangan kasih-sayang dan perhatian daripada manusia...tapi janganlah Kau biarkan diriku kehilangan kasih-sayang dan perhatian Mu.....

Berilah aku petunjuk, taufiq dan hidayah untuk menghadapi semua ini....AMIN...

~~ luahan hati...Sabtu 29 Mei 2004 ~~
:cry:

Untukmu Wanita....

05.28.04 (7:27 am)   [edit]
Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Jari-jari Kehidupan

05.25.04 (8:14 am)   [edit]
"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima.

Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

~~dipetik daripada email~~

Ciri-ciri Sahabat Yg Baik....

05.22.04 (4:23 pm)   [edit]
Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat,
"Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud), "Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya".

Sahabat bertanya lagi, "Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?"
Baginda s.a.w. membalas (dengan maksud), "Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat."

Mujahidah Sejati

05.22.04 (4:18 pm)   [edit]
MUJAHIDAH SEJATI

~~Sebuah lagu oleh Nahwan Nur~~

Mujahidah sejati
Intan mutiara permata mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indah nan permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketakwaan

Mujahidah sejati
Akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya ©

Mujahidah sejati
Hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa ©

Mujahidah sejati
Berbekalkan Al-Quran dan As-Sunnah
Bersulam pengorbanan bisa menggegarkan
Isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi



Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah
Menjadi muqarrabin bermujahadah
Menuju cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Hanya ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam diri dengan dosa-dosa

Nasihat Asma' Kepada Bakal Isteri....

05.21.04 (8:22 am)   [edit]
Asma' binti Kahariyah Fazari diriwayatkan telah berkata kepada puterinya dihari pernikahan anaknya itu:

"Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu.

Jadilah engkau tanah bagai suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung).

Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya.

Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.

Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu.Sekiranya dia menjauhimu,maka jauhilah dia dengan baik.

Peliharalah suamimu itu dengan baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.

Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum.

Jangan pula ia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah ia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu."

:wink:

Di Hari Persandinganmu....

05.20.04 (1:50 pm)   [edit]
Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka
:cry:

permaisuri hati ku....

05.19.04 (8:36 am)   [edit]
PERMAISURI HATI-KU ( HIJJAZ )

Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan dunia
Diantara diriku juga diri-mu
Hanya mengharapkan cinta yang Satu
Ku kan binakan mahligai impian-mu
Oh.. sayang ikhlaskanlah hati-mu
Malu-mu bernilai
Kata-mu berhikmah
Hati-mu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Allah
Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga
Oh… Kau Permaisuri di hati-ku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya disyurga sana
Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hati ku
Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu

doa cinta.....

05.17.04 (7:46 pm)   [edit]
Bismillahirrahmaanirrahim ...

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu .

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

Amin.....
:?

nilai seorang wanita solehah...

05.16.04 (6:41 pm)   [edit]
Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.

ciri-ciri suami soleh....

05.16.04 (6:38 pm)   [edit]
ciri-ciri suami soleh...

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredi biliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggun gjawab

10-Tenang wajah Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya..."

love ur parents

05.15.04 (11:27 pm)   [edit]
In my life I have been through a lot,
but I'm not the innocent girl
you thought you could trust.
I have been bad, and I have been good,
but you have always loved me
more than you should.

You are my parents
who have been there through it all.
You are the ones that are there
to make sure I don't fall.
You've helped me through so much
and protected me like you should,
yet, you always let me find
the bad and the good.

You have never stolen my sunshine
and taken away my rain.
You have let me see that in life
there is more to it than just a name.
You have helped me with the hard stuff
and seen me through it all.

Never did you let me know you were mad
just that I was misunderstood.
You have gone through so much with me,
more than I think I would be able to bear.
Without your love and guidance,
I don't think I would be here.

In my life I've made mistakes
in which I should have known,
but you never seemed to love me less,
but yet to put me higher on the "throne."
You treat me like your angel,
your princess, and your bean,
but never has a day gone by
where I have not felt like the queen.

So in this poem I hope you find
that a life without you guys
just wouldn't be mine.

poem By Megan Bilingsly

love letter from Allah

05.15.04 (11:10 pm)   [edit]
As you got up this morning, I watched you, and hoped you would talk to me, even if it was just a few words, asking my opinion or thanking me for something good that happened in your life yesterday. But I noticed you were too busy, trying to find the right outfit to wear.

When you ran around the house getting ready, I knew there would be a few minutes for you to stop and say hello, but you were too busy. At one point you had to wait, fifteen minutes with nothing to do except sit in a chair. Then I saw you spring to your feet. I thought you wanted to talk to me, but you ran to the phone and called a friend to get the latest gossip instead. I watched patiently all day long. With all your activities I guess you w ere too busy to say anything to me.

I noticed that before lunch you looked around, may be you felt embarrassed to talk to me, that is why you didn't bow your head. You glanced three or four tables o! Ver and you noticed some of your friends talking to me briefly before they ate, but you didn't. That's okay. There is still more time left, and I hope that you will talk to me yet.

You went home and it seems as if you had lots of things to do. After a few of them were done, you turned on the TV. I don't know if you like TV or not, just about anything goes there and you spend lot of time each day in front of it not thinking about anything, just enjoying the show. I waited patiently again as you watched the TV and ate your meal, but again you didn't talk to me.

Bedtime I guess you felt too tired. After you said good night to your family you popped into bed and fell asleep in no time. That's okay because you may not realize that I am always there for you. I've got patience, more than you will ever know. I even want to teach you how to be patient with others as well.

I love you so much that I wait everyday for a nod, prayer or thought or a thankful part of your heart. It is hard to have a one-sided conversation. Well, you are getting up once again. And once again I will wait, with nothing but love for you. Hoping that today you will give me some time. Have a nice day!

Your friend, ALLAH

**email**

nasihat cinta...

05.14.04 (7:24 pm)   [edit]
jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..

***email***

rindu....

05.14.04 (7:21 pm)   [edit]
Ya Allah....
Bila hati ini merindu...
padaMu aku mengadu...
Bila jiwa ini resah gelisah
PadaMu jua aku berserah..

Ya Allah...
Aku hanyalah hambaMu yang lemah
Seringkali aku tersungkur di lembah
Dalam mencari nilai sebuah kemanusiaan
Dalam mengenal erti sebuah kehidupan

Ya Allah,
Aku cukup mentah untuk mengutip kesabaran
Lantaran sering ditempiaskan oleh kemarahan
Akhirnya rebah sendiri di batas kekesalan....

Ya Allah...
Bantulah aku mencari kasihMu
kerana kutahu....
Aku tidak sekuat Rabiatul Adawiyah
Yang hanya padaMu cintanya tercurah!
Pun jua bukan Siti Khadijah
Isteri kecintaan Rasulullah...!
Lalu nun disana...
hati ini berbicara...

"Ya Allah.........
Masih adakah lagi insan yang seperti mereka..
Sanggup pertaruhkan kesenangan dunia...
Yang cukup mudah melafazkannya
tapi sukar untuk dikota......?"

SAHABAT DAN SAHABIAH
MARILAH BERSAMA SULAMKAN RINDU INI
MENJADI REALITI.....

***dipetik drpd email***

doa cinta

05.11.04 (9:32 am)   [edit]
Bismillahirrahmaanirrahim ...

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu .

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

Amin.....